background

Friday, 25 October 2013

KEPERCAYAAN

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam satu malaysia.. haha, nampak tak permainan dia kat situ ? hahaha.. mengarut pulak hana ni.. haa, maaf sangat2 kepada yg menanti entry baru hana ni.. aceceh.. macam gelamor pulak kan blog hana nih.. hahaha.. kes perasan sudah.. hehe.. maaf ye para pembaca tersayang.. hana tengah exam.. perah otak setiap hari.. sampai kering otak hana ni haa.. dok perah hari2 kan.. acewahh.. macam perah kain basah pulak kan.. haha.. sekrang ni, tinggal 3 paper lagi.. sejarah, addmath, kimia kertas 1 dan biology kertas 1.. haa, hana amek pure science.. so sape2 yg amek pure sc kite geng ! give me ten babe ! hahaha.. ehhh, lari sudah daripada tajuk.. okeyhhh, so tajuk untuk cerita hana harini ialah KEPERCAYAAN.. hana cerita ni berdasarkan pengalaman dan pandangan hana sendiri.. hana tak rujuk mana2 pun.. bercakap pasal kepercayaan, ape yg otak korang tengah fikir ? haa mesti keluar macam2 kan.. haa nampak dah tuu.. fuyoo.. banyaknye pendapat.. :) hana bergurau j.. oke, pada hana kan, kepercayaan ni susah nak dibina.. betul laa kan ? sebagai contohnye, kalau kite tak kenal or baru kenal org tu, tak kan laa kite nak terus percayakan dia ye dok ?? see, mmg betul laa kepercayaan ni kene dibina.. xperlu laa jadi arkitek ke, kontraktor ke.. yg penting, mestilah lah menjadi seorg yg jujur.. knp mesti jadi org yg jujur.. sbb, kepercayaan ni xkan runtuh dengan ribut kuat, xkan luntur dek chaya matahari, xkan roboh kerana puting beliung.. tapi.. kepercayaan ni boleh gugur, boleh hancur, boleh berkecai hanya dengan satu penipuan dan ketidak jujuran.. trust me, sebab hana pernah laluinya.. ok hana cerita.. hana berkawan dengan seseorg ni dah hampir 6tahun.. saling mempercayai.. dan jujur.. boleh dikira kukuh laa kepercayaan yang dibina tu.. tapi, hanya dengan satu penipuan untuk selamat kan diri.. hana dah hancurkan kepercayaan yang dah terbina bertahun tahun tu.. pastinye dia kecewa sangat dengan hana sebab hana tak jujur.. hana tau tu.. hana cuba minta maaf dan alhamdulillah hana dimaafkan.. tapi, ayat dia buat hana betul2 rasa bersalah sampai harini walaupun perkara tu dah lama berlalu.. hana rasa sampai sekrang dia masih kurang mempercayai hana.. dia cakap, "kembalikan kepercayaan aku pada kau".. sedih kan ? tersentak bila baca.. walaupun niat hana menipu untuk tak menyakiti hati dia, tapi dia kata jujur adalah lebih baik.. lebih rela menelan kepahitan daripada menelan kemanisan yang tak pernah wujud.. sungguh, hana rasa menyesal smpai harini walaupun niat hana baik.. jadi, pesan hana.. tolong lahhh.. tolong sangat2.. berlaku jujur pada setiap orang.. biarpun bila kita jujur kita akan diherdik, dimaki atau dihina.. sekurang2nya kita bukan penipu.. hana betul2 dapat pengajaran dengan apa yang terjadi.. hana harap pembaca semua dapat iktibar juga dari kisah hana ni.. setakat ni dulu ye.. nanti, hana update lagi.. doakan hana dapat keputusan yg cemerlang dalam exam final year ni yerr.. terima kasih kerana membaca dan mendoakan hana.. tata titi tutu


-p/s: dia dalam ni bukan lah seorang lelaki.. dia kawan hana.. hana bagitahu ni sebab hana tak nak dihukum oleh manusia yang suka menghukum sahabatnya tanpa usul periksa.. ^_^

No comments:

Post a Comment